11/03/12

0 Perlu Bermujahadah atas Iman dan Islam


Matlamat hidup kita ketika di dunia tidak pernah akan habis, Dulu masa SPM, matlamat kita mahu masuk U, sudah masuk U matlamat baru dicipta, mahu kerja yang bagus-bagus, sudah dpt kerja yg baik, kita pasti sunyi, fikiran kita mesti mahu berkahwin, lalu kita mendirikan rumah tangga bahagia, bg yg sudah lama kahwin, mesti sgt inginkan anak, sudah diberi Allah ank, pasti kita mahu anak berjaya.. lihatlah, pasti tidak akan habis matlamat kita selama kita hidup di dunia.. itulah lumrah sebuah kehidupan yang didamba setiap manusia....

Tetapi adakah kita pernah menyoal diri kita? apakah semata2 Allah hantar kita ke dunia utk hidup bahagia? Untuk bersenang lenang dgn anak pinak cucu cicik.. kemudian mati, lalu ke syurgalah kita sebab kita tidak pernah buat dosa..wah.. senang sekali mahu masuk syurga Allah.. asalkan kita tak buat dosa, asalkan kita solat, puasa, zakat, haji, maka ke syurgalah kita..

Tuan-tuan.. kita lihat sejarah nabi-nabi terdahulu.. kalaulah nabi-nabi terhahulu hanya semata2 zikir, hanya semata2 sembah sujud kpd Allah, apakah kekasih Allah ini akan dihina? dipukul? malah dibunuh? Nabi Zakaria digergaji badannya smpi terbelah dua kerana apa? Nabi Yahya dipancung kepala kerana apa? Nabi Ibrahim dicampak ke dlm api kerana apa? nabi Isa yg mahu disalib dan dibakar kerana apa? Rasulullah ditendang,diterajang,dihina kerana apa? Nabi2 ini diperlakukan demikian kerana semata2 menyebut tuhan kami dan tuhan kamu adalah Allah.. nabi2 telah mendakwahkan kalimah iman ini ke seluruh alam..

Kemudian Rasulullah pun lahir, lalu Allah telah menetapkan baginda ini bkn Nabi suatu kaum malah baginda Ini penghulu segala Nabi, Rasul terakhir yg dihantar ke seluruh ummat yg masih hidup dan yg bakal lahir.. Lalu sahabat bertanya, wahai Rasulullah apakah kerja kami ya Rasulullah.. masa itu belum lg diwajibkan solat.. tetapi nabi menyebut apa dia kerja yg aku lakukan itulah kerja kmu.. Lalu bginda mendakwahkan kalimah Allah di setiap kabilah, di setiap lorong2, di setiap pintu2 rumah, bahkan apabila dicatkan kaki baginda dgn warna merah nescaya akan merahlah segala jln2 di madinah kerana tiada stu tempat pun yg baginda tidak singgah tanpa mendakwahkan Kalimah Lailahaillallah..

Tuan2 Sahabat telah berfikir bagaimana Allah boleh jadikan baginda ini Rasul yg dihantar ke seluruh ummat sedangkan umur baginda pendek? baginda pula ada 2 kaki dan dua tgn, umat yg masih hidup dan akan hidup, sempatkah baginda mendakwahkan kalimah Iman ini? rupa2nya Allah telah muliakan umat baginda juga dgn mewajibkan kerja2 nabi ini walaupun kita bkn nabi..walaupun kita umat pendosa, kita wajib buat kerja nabi, dgn kerja nabilah iman kita ditarbiah.. Lalu sahabat telah juga mendakwahkan kalimah iman ini.. smpikan Bilal bin Rabah diseret atas di bara api sehingga padam bara api dgn darah beliau.. diletakkan batu di atas dada di tgh2 padang pasir.. tetapi sikitpun Iman Bilal tidak goyang.. mulutnya meyebut "Ahad" "Ahad" Allah yg tunggal..

Lihatlah tuan2 Rasulullah dan sahabat telah bnyk bekorban semata2 utk mendakwahkan ttg Allah.. apakah patut kita bersenang lenang di atas muka bumi Allah ini tanpa mujahadah dan susah payah.. Rasulullah dan para sahabat telah bersusah payah atas maksud agama Allah tetapi kita pula bersusah payah demi mencapai matlamat dunia kita yg x akan pernah habis itu.. Apa layakkah muka kita ini masuk ke syurga Allah? tidak malukah kita ini mengaku umat nabi di padang Masyar kelak? Tuan2, dlm Surah Al-Fatihah, Allah berfirman "Tunjuki kami jalan yg lurus" apakah itu jln lurus lalu dijelaskan dlm ayat berikutnya " iaitu jln mereka yg telah Allah kurniakan nikmat" nikmat paling besar kita adalah nikmat Iman, siapakah yg mempunyai Iman paling besar, sudah tentulah para nabi dan para sahabat.

Maka kita ikutlah jalan mereka.. apakah yg mereka buat? mereka buat dakwah sebiji dgn cara Rasulullah.. lalu itulah jalan yg lurus yg Allah sebutkan.. maka wajiblah dakwah ini utk kita.. Jln yg lurus inilah jln ke syurga.. sy berpesan kpd diri sy sendiri dan tuan2 ayuhlah kita ikut jln ini.. pasti kita dpt hidayah InsyaAllah kita ke syurga yg kekal abadi

InsyaAllah..
Dapatkan Artikel Terbaru!
Ikuti Saya:
facebook twitter gplus rss

Artikel Berkaitan:


Sila Klik Butang Dibawah Untuk Menyebarkan Artikel Ini !


0 comments:

Catat Ulasan

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Perlu Bermujahadah atas Iman dan Islam. Semoga bermanfaat untuk sahabatku semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !