27/12/12

0 Al Fadhil Nuruddin Al-Banjari, Siapa Beliau? dan Bagaimana Pandangan Beliau Tentang Jemaah Tabligh?




Siapa Al Fadhil Nuruddin Al-Banjari?
Video: Penerangan Tentang Usaha Tabligh Menurut Syeikh Nuruddin Al-Banjari.





* Keistimewaan Syeikh Nuruddin: 

Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri. Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

* Biodata Ringkas: 

Nama: Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin.

Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M.

Pada tahun 1974 beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah.

Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.

Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (Mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti:
- Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah,
- Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya,
- Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah
Dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda.

Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani (Univ. Al-Azhar kedua).

Di samping mengajar, beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

* Kitab-kitab Karangan Beliau: 

1. 40 Mutiara Hadis Dari 40 Buah Kitab - Terjemahan
2. Al-Ihatah ? Menyingkap Persoalan Haid Nifas dan Istihadah - Bahasa Arab
3. At-Tamassuk Bil Kitab Was-Sunnah - Terjemahan
4. Man Huwa Al-Mahdi Al-Muntazar ? - Bahasa Arab
5. Ifadah Ikhwan- Dalil-dalil Haram Rokok - Bahasa Arab
6. Mereka Yang Berada Di Jalan Allah - Terjemahan
7. Tiga Hizib Wali Qutub - Hizib,terjemahan dan sanad

* Pandangan Beliau Tentang Tabligh:

Syeikh Nuruddin al Banjari - Penerangan Tentang Jamaah Tabligh (Part 1)



Syeikh Nuruddin al Banjari - Penerangan Tentang Jamaah Tabligh (Part 2)

Dapatkan Artikel Terbaru!
Ikuti Saya:
facebook twitter gplus rss

Artikel Berkaitan:


Sila Klik Butang Dibawah Untuk Menyebarkan Artikel Ini !


0 comments:

Catat Ulasan

Syukur Alhamdulillah, berhasil jugak menyelesaikan artikel yang bertajuk Al Fadhil Nuruddin Al-Banjari, Siapa Beliau? dan Bagaimana Pandangan Beliau Tentang Jemaah Tabligh? . Semoga bermanfaat untuk sahabatku semua. Jadilah Yang Pertama Komen Artikel Ini !